Wednesday, December 18, 2013

Kesihatan Ibu Mengandung, Kenapa Ia penting?

Kali ini entry saya adalah mangenai kesihatan ibu mengandung. Kenapa pentingnya untuk kita tahu dengan lebih mendalam tentang kesihatan ibu mengandung? Pernah tak anda mendengar tentang Maternal Mortality Rate (MMR)?
Kalau anda adalah medical staff., tentu anda akan familiar dengan terma tersebut. Bagi public pula, mungkin anda pernah terbaca dimana mana.


Apakah yang dimaksudkan dengan Maternal Mortality Rate?



Maternal Mortality Rate adalah jumlah kematian ibu semasa  mengandung  atau melahirkan ( dalam masa 42 hari selepas kelahiran) per 100 000 kelahiran per tahun. Kematian adalah disebabkan oleh komplikasi mengandung dan bukan dari kemalangan ataupun incidental cause.


"Maternal death is the death of a woman while pregnant or within 42 days of termination of pregnancy, irrespective of the duration and site of the pregnancy, from any cause related to or aggravated by the pregnancy or its management but not from accidental or incidental causes. "( sumber: WHO)


MMR ini dijadikan sebagai salah satu indicator untuk menentukan tahap kemajuan sesebuah negara. Maksudnya jika MMR tinggi ( kadar kematian ibu tinggi), negara belum lagi dianggap sebagai negara maju. Itu bahasa mudahnye la:)
MMR Malaysia pada tahun 2010 adalah 29 deaths/100,000 live births. (sumber index mundi)


Apakah sebab utama yang menyumbang kepada kematian ibu?




1. Pendarahan semasa atau selepas bersalin (postpartum hemarrhage)
2. Eclampsia (komplikasi darah tinggi sewaktu mengandung)
3. Obstructed labour
4. Jangkitan kuman atau sepsis

Bila dah tahu serba sedikit tentang MMR dan apa sebab utama kematian ibu mengandung, tentu kita akan mengutamakan kesihatan diri sewaktu mangandungkan.
Ada orang tu dia tak kisah langsung tentang kesihatan diri dan kandungannya. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika bertugas.
Pelbagai masalah yang dihadapi oleh ibu ibu yang mengandung yang bukan hanya membahayakan diri sendiri malah boleh membahayakan kesihatan kandungan mereka.
Antaranya ialah

1. Darah tinggi sewaktu hamil
2. Kencing manis sewaktu hamil
3. Anemia atau kurang sel darah merah

Ketiga tiga masaalah di atas boleh menyumbang kepada kematian ibu dan juga janin kerana penyakit ini boleh menyebabkan pendarahan semasa atau selepas bersalin. Selain itu, ibu ibu yang mempunyai kencing manis yang tidak terkawal sewaktu mengandung akan menyebabkan "big baby" (berat baby 4 kg atau lebih). Bila baby yang dilahirkan besar, ini akan menyebabkan obstructed labour dan pendarahan yang boleh menyumbang kepada kematian.


Bagaimana anemia menyebabkan kematian?


Pesakit anemia mengalami kekurangan sel darah merah. Sel darah merah adalah penting untuk membawa oxygen kepada ibu dan juga janin. Bila oxygen berkurang, ianya boleh menyebabkan kegagalan jantung kerana jantung kita dah overwork. Dia dah penat duk pumping nak bekalkan oxygen kat kita.
Selain itu, ibu mengandung yang mempunyai masaalah anemia juga tak boleh tolerate blood loss berbanding dengan ibu mengandung yang tidak anemia. Ini pula akan menyebabkan berlakunya pendarahan dan besar kemungkinan kematian.

Penyebab utama terjadinya anemia dikalangan ibu mengandung adalah kerana kekurangan iron.

Faktor lainnya adalah seperti Thalassemia, kekurangan vitamin b12(megaloblastic anemia), atau pun chronic blood loss seperti pendarahan daripada buasir.


Vitamin Shaklee dan Kesihatan Ibu Mengandung

Antara produk shaklee yang boleh saya sarankan untuk diambil oleh ibu ibu mengandung untuk menjaga kesihatan mereka dan baby adalah

1. vitamin c ( chewable atau sustained release)

- membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh
- membantu dalam penyerapan iron


vitamin c sustain released
vitamin c chewable

2. vitamin b- complex

- membekalkan folic acid untuk mengelakkan terjadinya spina bifida pada bayi
- mengandungi 8 jenis vitamin B untuk memelihara kesihatan



3. Vitalea

- mengandungi 28 vitamin dan mineral
- mengandungi beta carotene untuk growth, vision dan development
- ianya juga mengandungi iron ( ferrous fumerate) yang penting dalam penghasilan sel darah merah
- mengandungi vitamin B12 yang juga penting dalam penghasilan sel darah merah
- ia juga ada calcium, phosphorus, vitamin C dan D 





4. Osteomatric

- membekalkan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
- membantu menghilangkan kebas kebas
- membantu sistem penghadaman, mengurangkan sembelit dan buasir




5. ESP ( energy soy protein)

- mengandungi protein dan dapat membekalkan tenaga 
- menjaga kesihatan kulit ( bila mengandung ada para ibu yang mengalami kulit kusam akibat ketidakstabilan hormone)
- menambah dam memekatkan susu (milk booster)




Kesihatan dikalangan ibu mengandung adalah amat penting, bukan sahaja untuk si ibu malah bayi dalam kandungan. Jagalah kesihatan anda kerana anda lah ratu dihati suami dan anak anak anda.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya. Sebarang pembelian melalui saya akan diberikan harga istimewa dan konsultasi percuma

your shaklee independent distributor
ilyana ghani
sid 1080416
dr.siti.ilyana@gmail.com
www.facebook.com/healthybeautyyou
0139651615


No comments:

Post a Comment