Thursday, December 19, 2013

Susu Ibu: Fakta Yang Perlu Anda Tahu.

Sepanjang saya bekerja sebagai pegawai perubatan, ramai di kalangan ibu ibu muda yang baru melahirkan anak mengadu bahawa susu badan mereka tidak cukup. Meraka memberi tahu bahawa anak kerap menangis dan selalu lapar. 

Benarkah susu badan tidak cukup?

Bagi saya ini merupakan satu misconception. Ini adalah normal bagi ibu ibu yang baru melahirkan anak untuk menghasilkan beberapa ml susu sahaja pada minggu pertama kelahiran.
Susu yang keluar pada minggu pertama ini dipanggil Kolestrum. Ia adalah sangat berkhasiat kerana ia kaya dengan pelbagai antibody semulajadi, vitamin dan mineral untuk kesihatan bayi kita. Ia nya dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit sesuai dengan kapasiti perut bayi kita yang hanya ber size syiling 20 sen pada minggu pertama. Ianya juga mudah dihadam dan dicernakan. Oleh itu, tidak hairanlah pada waktu ini bayi akan kerap berasa lapar.Bukan kerana susu tidak cukup!


size perut bayi 
Kolestrum, ianya pekat dan dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit sahaja

Jadi, bila anak anda menangis dan kerap menyusu, janganlah anda beranggapan susu anda tidak cukup dan terus memberi anak anda susu formula.

Bagaimana susu ibu dihasilkan? 

Penghasilan susu ibu bermula semenjak awal kehamilan lagi. Jika anda perhatikan, apabila anda mengandung, terdapat perubahan pada payudara anda. Saiz menjadi semakin besar dan areolar menjadi semakin hitam.
Apabila anda mengandung, placenta yang terbentuk bersama janin anda akan menghasilkan hormone estrogen dan progesteron. Penghasilan hormone ini akan mencutuskan proses biology yang complex untuk membolehkan susu badan terhasil.
Hormon ini akan menyebabkan gland tissue dan milk duct di dalam payudara mengembang. Milk duct yang mengembang dan bertambah ini akan membentuk saluran yang lebih kecil yang dipanggil ductule. Pada penghujung ductule pula terbentuknya alveoli. Sekumpulan alveoli dipanggil lobule dan sekumpulan lobule pula membentuk lobe. Setiap payudara mengandungi antara 15-20 lobe dengan satu milk duct untuk setiap lobe.
Dengan bantuan hormone prolactin, alveoli akan mengumpul segala protein, gula, vitamin, lemak dan lain lain dari darah ibu untuk menghasilkan susu.
Milk duct system ini akan fully develop semasa fasa kedua kandungan (second trimester).
Apabila kandungan telah matang dan kelahiran berlaku, placenta akan dikeluarkan selepas bayi dilahirkan, jadi hormone estrogen dan progesteron akan berkurangan manakala hormone prolactin pula bertambah. Hormone prolactine ini akan memberi signal untuk penghasilan susu yang lebih banyak.




Let down reflex (bagaimana susu mengalir dari payudara kepada bayi anda)

Apabila berlaku lekapan mulut bayi pada payudara anda, signal akan dihantar kepada pituitary gland untuk menghasilkan hormone oxytocin. Hormone oxytocin akan di rembeskan ke dalam salur darah anda dan menyebabkan sel disekeliling alveoli untuk "contract and sqeeze". Susu akan di alirkan ke dalam duct. Jadi apabila bayi menghisap, ia akan mewujudkan negative pressure dan membolehkan susu mengalir kedalam mulut bayi anda.
Keadaan yang sama juga berlaku apabila anda memikirkan tentang bayi anda, melihat gambar bayi atau mendengar tangisan bayi anda.

Let down reflex

Apa yang dapat disimpulkan ialah, penghasilan susu badan adalah berdasarkan teori "demand and supply". semakin banyak permintan semakin banyak susu badan dihasilkan.

Langkah Untuk Menambah Susu Badan

Apa yang boleh kita lakukan untuk menambah susu badan. Ianya bukan bergantung kepada supplement apa yang kita ambil. Tanpa sebarang supplement susu badan boleh dihasilkan dengan banyaknya. Pengambilan supplement adalah bonus untuk anda yang berkemampuan.

1. Kekerapan penyusuan

Ini adalah faktor yang paling penting dalam memastikan penghasilan susu badan anda. Seperti yang telah saya katakan tadi, penghasilan susu badan adalah mengikut theory demand and supply. Makin kerap anda menyusu makin banyak yang akan dihasilkan. Lekapan yang betul juga memainkan peranan. Jika posisi lekapan bayi adalah tidak betul, ini juga akan mengganggu penghasilan susu anda, malah anda juga mungkin akan mengalami luka dibahagian nipple (crack nipple). Percayalah, bila crack nipple berlaku, ianya amat menyakitkan. Suka untuk saya ingatkan, jangan sesekali berhenti menyusu jika crack nipple berlaku. Anda boleh pump secara manual pada payudara yang mengalami crack nipple tersebut dan teruskan penyusuan biasa pada payudara yang sebelah lagi. Apabila sudah sembuh, penyusuan secara direct feeding boleh dimulakan kembali kerana stimulasi oleh mulut bayi amat penting untuk penghasilan susu anda.
Pastikan juga anda menyusu secara "on demand". Kebiasaanya bayi akan menyusu setiap 2-3 jam sekali.

2. Faktor pemakan

Pemakanan ibu juga memainkan peranan kerana ibu yang menyusu badan memerlukan khasiat yang banyak untuk membolehkan susu dihasilkan.
Antara jenis makanan yang boleh menambah susu badan ialah ulam ulaman seperti pegag, peria, betik, lobak putih, kurma dan banyak lagi.
Ibu yang menyusu juga perlu mengambil banyak air untuk memastikan badan dalam keaadaan yang optima. Ini kerana apabila badan ibu tidak sihat, penghasilan susu juga kan terjejas


3. Faktor emosi

Ibu ibu yang baru melahirkan biasanya akan mengalami gangguan emosi. Ini adalah kerana ketidakstabilan hormone didalam badan. Perasan mudah tersentuh dan sensitif. Di tambah pula dengan kepenatan menjaga bayi yang baru dilahirkan. Emosi yang negative boleh mengurangkan penghasilan susu badan.
Anda juga perlu sentiasa berfikir bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda dan susu anda sentiasa cukup untuk bayi anda.

4.  Kaedah urutan belakang dan urutan payudara

Urutan pada bahagian belakang ibu dapat membantu melancarkan pengaliran susu ibu. Anda boleh meminta suami atau ibu anda mengurut bahagian belakang badan anda sebelum menyusu atau mengepam.
sebelum menyusu atau mengepam anda boleh mengurut payudara terlebih dahulu. Urutan dilakukan pada bahagian lobe yang keras sehingga ia lembut. Ini juga membantu pengaliran susu yang bagus. Bila aliran susu lancar, payudara dapat dikosongkan dengan baik untuk setiap kali sesi menyusu atau mengepam. Bila payudara kosong, lebih banyak susu baru akan dihasilkan.
Selain itu, pengaliran susu yang baik dapat menghindari anda dari masalah bengkak susu yang amat menyakitkan :)

5. Penyusuan pada waktu malam

Hormone oxytosin di rembeskan paling banyak pada waktu malam. Jadi kekerapan menyusu atau mengepam pada waktu malam juga dapat membantu menambahkan susu badan anda.

Susu Ibu Vs Susu formula

Ini adalah topic yang kita tak perlu hurai dengan panjang lebar lagi. Saya rasa anda semua tahu breast milk is the best milk in the world.
So mari kita tengok apakah kebaikan susu ibu.


Tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik. Namun begitu, anda juga perlu tahu, siapakah yang tidak boleh menyusukan bayi mereka.

1. Ibu yang menghidapi HIV/ sedang mengambil ubat antiretroviral 
2. Ibu yang menghidapi penyakit Tuberkulosis (TB) yang aktif dan tidak mendapatkan rawatan.
3. Ibu yang menh\ghidapi kanser dan sedang mengambil chemotherapy.
4. Ibu yang sedang menjalani radiotherapy.
5. bayi yang disahkan menghidap penyakit metabolic disorder galactosemia

To all mommies and mummy to be, happy breastfeeding and enjoy the journey.

Bagi mereka yang berkemampuan pula, antara produk shaklee yang saya sarankan untuk diambil sewaktu menyusu ialah:

1. ESP
2. Alfalfa
3. Omega guard
4. Osteomatric

Untuk pertanyaan lanjut anda boleh hubungi saya :)
ilyana ghani
sid 1040816
dr.siti.ilyana@gmail.com
www.facebook.com/healthybeautyyou
0139651615

No comments:

Post a Comment