Tuesday, December 24, 2013

Vitamin C Shaklee

Vitamin C (Ascorbic acid)

- daily requirement adalah sebanyak 75 mg untuk perempuan dan 90 mg untuk lelaki.
- perempuan yang mengandung memerlukan sebanyak 75 mg + 10 mg /day
- manakala yang breastfeed pula perlukan sebanyak 75 mg + 45 mg/ day.
faham kan?? maksudnya perempuan yang mengandung dan menyusukan bayi memerlukan lebih banyak Vitamin C dalam sehari.

Simptom- simptom kekurangan VITAMIN C

# gusi berdarah
# pendarahan dibawah kulit( senang lebam la bahasa mudahnya)
# luka lambat sembuh
# kurang sel darah merah ( anemia)
# kulit kusam dan kering

Fungsi VITAMIN C

1. Membantu menguatkan immune system.

-  bila selsema, anda digalakkan untuk mengambil vitamin c kerana ia dapat membantu mempercepatkan      proses penyembuhan.Maknanya, selsema cepat hilang dan tak jadi teruk sangat la.
- ia juga boleh bertindak sebagai anti histamine. Jadi ia baik untuk mengurangkan symptom pesakit asthma dan allergic rhinitis(resdung)

2. Membantu dalam penghasilan collagen

- collagen adalah protien yang membentuk struktur asas kulit kita. bila collagen baru terhasil kulit pun cantik dan sihat.
- pembentukan collagen yang baru dapat membantu penyembuhan luka (wound healing). Jadi Vitamin C yang cukup akan mempercepatkan proses pembaikan luka

3. Bertindak sebagai Antioxida

- sifatnya yang antioxida membantu memperlahankan proses penuaan kulit kita. Ia mencegah free radical yang jahat tu dari memusnahkan sel kulit.
- garis garis halus dan wrinkle pun kurang :)
- selain baik untuk kulit, sifat antioxida Vitamin C juga boleh mencegah pembentukan catarac. Kanta mata kita secara semulajadinya terdedah kepada udara yang mengandungi free radical, jadi vitamin c dapat membantu menghalang pembentukan selaput di kanta mata kita akibat terdedah dari cahaya matahari dan udara.

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung

- bagaimana Vitamin C dapat membantu kita dalam mencegah penyakit jantung.
- Vitamin C yang bersifat antioxida membantu mencegah kemusnahan yang disebabkan oleh free radical kepada salur darah kita. Jadi kuranglah pe,bentukan plak didalam salur darah (artheroscleorsis)
- Ia juga membantu mengurangkan cholesterol.
- So, bila salur darah sihat dan  cholesterol kurang, sakit jantung dan penyakit darah tinggi dapat dielakkan ;)

5. Mengawal paras gula dalam darah ( Diabetic)

- it help to improve HBAIC. apakah HBAIC?..sesiapa yang ada diabetis atau ada ahli keluarga yang menghidao diabetis sepatutnya tahu akan terma ini.
- HBAIC measure the average glucose concentration over prolonged period of time. Maksudnya berapa pekat gula dalam darah kita. Makin tinggi peratus maksudnya tak bagus lah dan komplikasi pun makin meningkat.

6. Membantu penyerapan iron/ferous

- iron penting untuk pembentukan sel darah merah. Jadi ia penting untuk mengelakkan terjadinya anemia.

Siapakah yang perlukan Vitamin C supplement?

1. mereka yang nak cantik dan sihat of course la kan sebab Vitamin C dapat membantu mencantikkan dan menganjalkan kulit.

2. mereka yang menghidapi asthma

3. mereka yang diabetic

4. penghidap darah tinggi atau penyakit jantung/ yang mempunyai risiko tinggi seperti yang mempunyai sejarah keluarga atau perokok.

5. ibu mengandung dan menyusukan anak

6. mereka yang mempunyai kurang sel darah merah/anemia

Apakah perbezaan Vitamin C shaklee dan Vitamin C yang lain dipasaran?

Terdapat dua jenis vitamin C yang dikeluarkan oleh Shaklee iaitu:

1. VITAMIN C SUSTAINED RELEASED 500 MG

The “do-everything” nutrient, vitamin C is a powerful antioxidant. Sustained Release Vita-C provides:
• High-potency vitamin C
• A proprietary sustained-release system that delivers the vitamin C equivalent of one-and-a-half oranges every hour for five hours
• A formula that helps maintain natural antioxidant defenses, cell integrity, and the health of eyes, teeth, gums, bones, muscles, and blood vessels

2. CHEWABLE VITAMIN C
- chewable Vita-C has a fresh citrus flavor
- making it ideal for anyone who has trouble swallowing tablets.
- membekalkan 100mg vitamin C



untuk tempahan atau pertanyaan lanjut sila hubungi saya. sebarang pembelian melalui saya akan mendapat harga isyimewa dan konsultasi percuma

your shaklee independent distributor 1080416
ilyana ghani
013-9651615
www.facebook.com/healthybeautyyou
dr.siti.ilyana@gmail.com









Omega Guard: Sumber Omega 3 Terbaik

Apakah omega 3 fatty acid?

Omega 3 fatty acid  boleh didapati dari lapisan lemak ikan, shellfish, tumbuhan dan kekacang seperti English wallnut.

Terdapat 2 jenis omega 3 fatty acid iaitu:

1. Rantaian panjang (long chain) omega tiga yang dikenali sebagai EPA( eicosapentaenoic acid) and DHA (docosahexaenoic acid). rantaian ini boleh di dapati melalui sumber makanan seperti ikan dan shellfish.

2. Rantaian pendek (short chain) omega 3 dikenali sebagai ALA (alpha linolenic acid). Ianya boleh didapati dari tumbuh tumbuhan/sayur sayuran.

Dari dua jenis omega fatty acid ini, rantaian panjang yang mengandungi EPA dan DHA adalah lebih baik untuk kesihatan.

Kebaikan OMEGA 3

1. baik untuk kesihatan jantung kerana ianya dapat merendahkan kandungan lemak dalam badan .

2. bila lemak kurang dalam badan maka risiko artherosclerosis juga berkurangan

3. bila kurang artherosclerosis maka masaalah tekanan darah tinggi juga dapat di bendung

4. baik untuk perkembangan otak kanak kanak kerana ianya mengandungi DHA yang tinggi dimana DHA diperlukan untuk menghasilkan sel sel neuron otak

5. baik untuk penyakit autoimmune disease seperti rheumatoid arthitis





Tentu anda tertanya tanya kenapa omega 3 ini sangat berguna untuk melawan berbagai jenis penyakitkan??

Menurut Professor Joseph C.Maroon, timbalan pengurusi department neurosurgery  di University of Pittsburg school of Medicine, kebanyakan penyakit kronik terjadi kerana mempunyai proses radang yang sama. Jadi  pengambilan Omega 3 dapat menghalang proses radang yang menyebabkan penyakit pemyakit chronic.

Betulkah minyak ikan tercemar dengan merkuri?

Pencemaran oleh merkuri biasanya berlaku apabila minyak ikan dibuat dari sumber ikan yang besar yang mempunyai rantaian makanan yang panjang. " The longer the food chain the more the contamination."

ikan yang kecil dan yang mempunyai rantaian makanan yang pendek serta hanya makan tumbuhan adalah kurang tercemar.

Apa kelebihan OMEGA GUARD SHAKLEE

1. adalah diperbuat daripada ikan ikan kecil.

2. Ianya juga dihasilkan melalui proses penyulingan tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum.

3. mengandungi satu rankaina penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi EPA,DHA,ALA dan lain lain. satu hidangan OMEGAGAUARD menyediakan 990 mg asid lemak

Cara pengambilan OMEGA GUARD

Take 2 - 3 softgels one or two times daily with meals


untuk mencuba dan merasai sendiri kebaikan OMEGA GAUARD, boleh hubungi saya di;

0139651615- ilyana ghani
sid 1080416 
www.facebook.com/healtybeautyyou
email:dr.siti.ilyan@gamil.com

















Sunday, December 22, 2013

Masaalah Jerawat : Fahami dan Atasinya

Jerawat! Tentu ramai di kalangan kita yang pernah menghadapi atau sedang berdepan dengan masaalah jerawat. Ada jerawat yang naik sebijik jer malahan ada juga yang lebih teruk. Berjerawat satu muka dan badan juga! Bagi mereka yang mempunyai masaalah jerawat yang teruk, tentu mereka akan memahami bahawa masaalah jerawat ini bukan sahaja menyakitkan malah memalukan juga. Ramai yang jadi 'low self esteem' disebabkan oleh sang jerawat ni kan. 

Jadi, entry hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang topik jerawat ni. Macam mana jerawat terjadi. Apakah jenis jenis jerawat. Apakah treatment yang akan diberikan jika anda berjumpa doktor. Apakah alternatif untuk rawatan jerawat.

Bagaimana Jerawat Terjadi?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya jerawat:

1.Penghasilan sebum yang berlebihan

Penghasilan sebum adalah berkait rapat dengan hormone androgen eg: testosteron. Sebacous gland atau kelenjar sebaceous adalah sensitive kepada hormone androgen. Jadi, hormone androgen yang berlebihan akan bertindak balas dengan kelenjar sebaceous untuk menghasilkan sebum.

2. Tindak balas organisma Propionibacterium acnes

Organisma ini adalah organisma yang menghuni kelenjar sebaceous kita terutama di kawasan yang 'acne prone'. Pembiakan organisma ini akan menyebabkan berlakunya radang. Organisma ini juga merembeskan beberapa enzyeme yang akan akan meningkatkan lagi risiko berlakunya radang pada kelenjar sebaceous kita. Apabila radang berlaku dan berterusan maka jerawat akan mula timbul.

3. Gangguan pada proses keratinsation (Proses penghasilan sel kulit baru)

Terdapat gangguan pada proses keratinisation pada pesakit yang mempunyai masaalah jerawat. Keratin yang terhasil akan bercampur dengan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebaceous dan berkumpul di dalam liang roma menyebabkan terhasilnya microcomodem. (sel jerawat yang hanyat dapat dilihat microscopically)


4. Proses Radang (inflammation)

Kehadiran organisma Propionibacterium acnes akan menyebabkan tindak balas yng menghasilkan sel sel radang seperti CD4, lymphocyte dan neutrophil. Sel sel radang ini akan memusnahkan pertahanan follicle dan seterusnya menyebabkan pori pori tersumbat dan jangkitan. Acid linoleic (juga dikenali sebagai omega 6, flexseed oil atau sunflower oil) dikatakan dapat menstabilkan IL 8 (interleukin 8) dan mengurangkan proses radang. 






Faktor risiko yang menyebabkan seseorang itu mendapat masaalah jerawat ialah:

1. Faktor genetic
2. Obesity: kerana hormone yang berlebihan
3. Merokok
4. Facial therapy
5. Stress
6. Makanan yang manis (high glycemic index diet)

Jenis Jenis Jerawat

1. Blackhead/whitehead
Blackhead


Whitehead


2. Papule/pastules
Papules 

Pastules


3. Nodules and cyst

cyst


Nodule

Gred dan Rawatan Jerawat

Jerawat juga boleh dikelaskan atau digred kan sebagai ' mild, moderate, severe and very severe'. Jika anda berjumpa doktor, rawatan yang akan diberikan adalah mengukut gred jerawat yang anda alami. Jika masaalah jerawat anda 'mild atau moderate', rawatan topikal akan diberikan (topikal: ubat sapu ler :p) Contoh ubat topikal yang di gunakan ialah topikal benzyl peroxide, topikal retinoid, topical clindamycin, topical erythromycin dan banyak lagi la yer:) Manakala jika jerawat anda di dalam kategori 'moderate to severe', ubat antibiotic akan diberikan. Jika jerawat anda adalah sangat teruk atau very severe, atau pun tidak berkesan dengan ubat sapu dan antibiotic, berkemungkinan rawatan laser, pthothoterapy dan banyak lagi akan diberikan. HUHU...Panjang sangat kalau nak hurai satu satu kat sini:)   

Antara suppement Shaklee yang saya cadangkan untuk anda bagi membantu masaalah jerawat adalah:

1. Zinc complex
- membantu memulihkan sel sel yang rosak dan membantu menyembuhkan luka
- membantu mengurangkan penghasilan minyak/sebum
- membantu melindungi kulit dari sinar UV



2. Vitamin c
- bertindak sebagai anti oxida dan membantu penghasilan collagen
- membantu menghilangkan parut jerawat
- membantu meningkatkan immune system




3. Vitamin E complex
- juga bertindak sebagai antioxida yang melindungi kulit dari radical bebas
- mengekalkan kelembapan kulit
- membantu menyeimbangkan vitamin A di dalam badan kita yang juga penting untuk kulit



4.  GLA complex (gamma linoleic acid complex)
- mengandungi omega 6 dari minyak borage dan minyak matahari
- menyokong sistem pertahanan badan
- membantu mengurangkan proses radang seprti yang diterangkan diatas
- menstabilkan hormon



5. Energy Soy Protein (ESP)
- membekalkan sumber protein yang tinggi yang di perlukan dalam proses penyembuhan luka dan membaiki sel sel yang rosak
- mencerah dan mencantikkan kulit
- membantu mengurangkan parut



6. Carotomax
- membekalkan 5000IU Vitamin A (100% as beta carotene), yang merupakan antioxida dan bagus untuk pemuliharaan kulit
- vitamin A mematangkan keratinocyte. Keratinocyte ialah sel yang membentuk 95% daripada lapisan luar kulit kita. Jadi ia membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru
- ia juga menyokong sistem pertahanan badan
- juga baik untuk kesihatan mata dan jantung





Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan tempahan. sebarang pembelian melalui saya akan mendapat harga istimewa dan konsultasi percuma.

your shaklee independent distributor
ilyana ghani
sid 1080416
dr.siti.ilyana@gmail.com
www.facebook.com/healthybeautyyou
0139651615



Thursday, December 19, 2013

Susu Ibu: Fakta Yang Perlu Anda Tahu.

Sepanjang saya bekerja sebagai pegawai perubatan, ramai di kalangan ibu ibu muda yang baru melahirkan anak mengadu bahawa susu badan mereka tidak cukup. Meraka memberi tahu bahawa anak kerap menangis dan selalu lapar. 

Benarkah susu badan tidak cukup?

Bagi saya ini merupakan satu misconception. Ini adalah normal bagi ibu ibu yang baru melahirkan anak untuk menghasilkan beberapa ml susu sahaja pada minggu pertama kelahiran.
Susu yang keluar pada minggu pertama ini dipanggil Kolestrum. Ia adalah sangat berkhasiat kerana ia kaya dengan pelbagai antibody semulajadi, vitamin dan mineral untuk kesihatan bayi kita. Ia nya dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit sesuai dengan kapasiti perut bayi kita yang hanya ber size syiling 20 sen pada minggu pertama. Ianya juga mudah dihadam dan dicernakan. Oleh itu, tidak hairanlah pada waktu ini bayi akan kerap berasa lapar.Bukan kerana susu tidak cukup!


size perut bayi 
Kolestrum, ianya pekat dan dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit sahaja

Jadi, bila anak anda menangis dan kerap menyusu, janganlah anda beranggapan susu anda tidak cukup dan terus memberi anak anda susu formula.

Bagaimana susu ibu dihasilkan? 

Penghasilan susu ibu bermula semenjak awal kehamilan lagi. Jika anda perhatikan, apabila anda mengandung, terdapat perubahan pada payudara anda. Saiz menjadi semakin besar dan areolar menjadi semakin hitam.
Apabila anda mengandung, placenta yang terbentuk bersama janin anda akan menghasilkan hormone estrogen dan progesteron. Penghasilan hormone ini akan mencutuskan proses biology yang complex untuk membolehkan susu badan terhasil.
Hormon ini akan menyebabkan gland tissue dan milk duct di dalam payudara mengembang. Milk duct yang mengembang dan bertambah ini akan membentuk saluran yang lebih kecil yang dipanggil ductule. Pada penghujung ductule pula terbentuknya alveoli. Sekumpulan alveoli dipanggil lobule dan sekumpulan lobule pula membentuk lobe. Setiap payudara mengandungi antara 15-20 lobe dengan satu milk duct untuk setiap lobe.
Dengan bantuan hormone prolactin, alveoli akan mengumpul segala protein, gula, vitamin, lemak dan lain lain dari darah ibu untuk menghasilkan susu.
Milk duct system ini akan fully develop semasa fasa kedua kandungan (second trimester).
Apabila kandungan telah matang dan kelahiran berlaku, placenta akan dikeluarkan selepas bayi dilahirkan, jadi hormone estrogen dan progesteron akan berkurangan manakala hormone prolactin pula bertambah. Hormone prolactine ini akan memberi signal untuk penghasilan susu yang lebih banyak.




Let down reflex (bagaimana susu mengalir dari payudara kepada bayi anda)

Apabila berlaku lekapan mulut bayi pada payudara anda, signal akan dihantar kepada pituitary gland untuk menghasilkan hormone oxytocin. Hormone oxytocin akan di rembeskan ke dalam salur darah anda dan menyebabkan sel disekeliling alveoli untuk "contract and sqeeze". Susu akan di alirkan ke dalam duct. Jadi apabila bayi menghisap, ia akan mewujudkan negative pressure dan membolehkan susu mengalir kedalam mulut bayi anda.
Keadaan yang sama juga berlaku apabila anda memikirkan tentang bayi anda, melihat gambar bayi atau mendengar tangisan bayi anda.

Let down reflex

Apa yang dapat disimpulkan ialah, penghasilan susu badan adalah berdasarkan teori "demand and supply". semakin banyak permintan semakin banyak susu badan dihasilkan.

Langkah Untuk Menambah Susu Badan

Apa yang boleh kita lakukan untuk menambah susu badan. Ianya bukan bergantung kepada supplement apa yang kita ambil. Tanpa sebarang supplement susu badan boleh dihasilkan dengan banyaknya. Pengambilan supplement adalah bonus untuk anda yang berkemampuan.

1. Kekerapan penyusuan

Ini adalah faktor yang paling penting dalam memastikan penghasilan susu badan anda. Seperti yang telah saya katakan tadi, penghasilan susu badan adalah mengikut theory demand and supply. Makin kerap anda menyusu makin banyak yang akan dihasilkan. Lekapan yang betul juga memainkan peranan. Jika posisi lekapan bayi adalah tidak betul, ini juga akan mengganggu penghasilan susu anda, malah anda juga mungkin akan mengalami luka dibahagian nipple (crack nipple). Percayalah, bila crack nipple berlaku, ianya amat menyakitkan. Suka untuk saya ingatkan, jangan sesekali berhenti menyusu jika crack nipple berlaku. Anda boleh pump secara manual pada payudara yang mengalami crack nipple tersebut dan teruskan penyusuan biasa pada payudara yang sebelah lagi. Apabila sudah sembuh, penyusuan secara direct feeding boleh dimulakan kembali kerana stimulasi oleh mulut bayi amat penting untuk penghasilan susu anda.
Pastikan juga anda menyusu secara "on demand". Kebiasaanya bayi akan menyusu setiap 2-3 jam sekali.

2. Faktor pemakan

Pemakanan ibu juga memainkan peranan kerana ibu yang menyusu badan memerlukan khasiat yang banyak untuk membolehkan susu dihasilkan.
Antara jenis makanan yang boleh menambah susu badan ialah ulam ulaman seperti pegag, peria, betik, lobak putih, kurma dan banyak lagi.
Ibu yang menyusu juga perlu mengambil banyak air untuk memastikan badan dalam keaadaan yang optima. Ini kerana apabila badan ibu tidak sihat, penghasilan susu juga kan terjejas


3. Faktor emosi

Ibu ibu yang baru melahirkan biasanya akan mengalami gangguan emosi. Ini adalah kerana ketidakstabilan hormone didalam badan. Perasan mudah tersentuh dan sensitif. Di tambah pula dengan kepenatan menjaga bayi yang baru dilahirkan. Emosi yang negative boleh mengurangkan penghasilan susu badan.
Anda juga perlu sentiasa berfikir bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda dan susu anda sentiasa cukup untuk bayi anda.

4.  Kaedah urutan belakang dan urutan payudara

Urutan pada bahagian belakang ibu dapat membantu melancarkan pengaliran susu ibu. Anda boleh meminta suami atau ibu anda mengurut bahagian belakang badan anda sebelum menyusu atau mengepam.
sebelum menyusu atau mengepam anda boleh mengurut payudara terlebih dahulu. Urutan dilakukan pada bahagian lobe yang keras sehingga ia lembut. Ini juga membantu pengaliran susu yang bagus. Bila aliran susu lancar, payudara dapat dikosongkan dengan baik untuk setiap kali sesi menyusu atau mengepam. Bila payudara kosong, lebih banyak susu baru akan dihasilkan.
Selain itu, pengaliran susu yang baik dapat menghindari anda dari masalah bengkak susu yang amat menyakitkan :)

5. Penyusuan pada waktu malam

Hormone oxytosin di rembeskan paling banyak pada waktu malam. Jadi kekerapan menyusu atau mengepam pada waktu malam juga dapat membantu menambahkan susu badan anda.

Susu Ibu Vs Susu formula

Ini adalah topic yang kita tak perlu hurai dengan panjang lebar lagi. Saya rasa anda semua tahu breast milk is the best milk in the world.
So mari kita tengok apakah kebaikan susu ibu.


Tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik. Namun begitu, anda juga perlu tahu, siapakah yang tidak boleh menyusukan bayi mereka.

1. Ibu yang menghidapi HIV/ sedang mengambil ubat antiretroviral 
2. Ibu yang menghidapi penyakit Tuberkulosis (TB) yang aktif dan tidak mendapatkan rawatan.
3. Ibu yang menh\ghidapi kanser dan sedang mengambil chemotherapy.
4. Ibu yang sedang menjalani radiotherapy.
5. bayi yang disahkan menghidap penyakit metabolic disorder galactosemia

To all mommies and mummy to be, happy breastfeeding and enjoy the journey.

Bagi mereka yang berkemampuan pula, antara produk shaklee yang saya sarankan untuk diambil sewaktu menyusu ialah:

1. ESP
2. Alfalfa
3. Omega guard
4. Osteomatric

Untuk pertanyaan lanjut anda boleh hubungi saya :)
ilyana ghani
sid 1040816
dr.siti.ilyana@gmail.com
www.facebook.com/healthybeautyyou
0139651615

Wednesday, December 18, 2013

Kesihatan Ibu Mengandung, Kenapa Ia penting?

Kali ini entry saya adalah mangenai kesihatan ibu mengandung. Kenapa pentingnya untuk kita tahu dengan lebih mendalam tentang kesihatan ibu mengandung? Pernah tak anda mendengar tentang Maternal Mortality Rate (MMR)?
Kalau anda adalah medical staff., tentu anda akan familiar dengan terma tersebut. Bagi public pula, mungkin anda pernah terbaca dimana mana.


Apakah yang dimaksudkan dengan Maternal Mortality Rate?



Maternal Mortality Rate adalah jumlah kematian ibu semasa  mengandung  atau melahirkan ( dalam masa 42 hari selepas kelahiran) per 100 000 kelahiran per tahun. Kematian adalah disebabkan oleh komplikasi mengandung dan bukan dari kemalangan ataupun incidental cause.


"Maternal death is the death of a woman while pregnant or within 42 days of termination of pregnancy, irrespective of the duration and site of the pregnancy, from any cause related to or aggravated by the pregnancy or its management but not from accidental or incidental causes. "( sumber: WHO)


MMR ini dijadikan sebagai salah satu indicator untuk menentukan tahap kemajuan sesebuah negara. Maksudnya jika MMR tinggi ( kadar kematian ibu tinggi), negara belum lagi dianggap sebagai negara maju. Itu bahasa mudahnye la:)
MMR Malaysia pada tahun 2010 adalah 29 deaths/100,000 live births. (sumber index mundi)


Apakah sebab utama yang menyumbang kepada kematian ibu?




1. Pendarahan semasa atau selepas bersalin (postpartum hemarrhage)
2. Eclampsia (komplikasi darah tinggi sewaktu mengandung)
3. Obstructed labour
4. Jangkitan kuman atau sepsis

Bila dah tahu serba sedikit tentang MMR dan apa sebab utama kematian ibu mengandung, tentu kita akan mengutamakan kesihatan diri sewaktu mangandungkan.
Ada orang tu dia tak kisah langsung tentang kesihatan diri dan kandungannya. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika bertugas.
Pelbagai masalah yang dihadapi oleh ibu ibu yang mengandung yang bukan hanya membahayakan diri sendiri malah boleh membahayakan kesihatan kandungan mereka.
Antaranya ialah

1. Darah tinggi sewaktu hamil
2. Kencing manis sewaktu hamil
3. Anemia atau kurang sel darah merah

Ketiga tiga masaalah di atas boleh menyumbang kepada kematian ibu dan juga janin kerana penyakit ini boleh menyebabkan pendarahan semasa atau selepas bersalin. Selain itu, ibu ibu yang mempunyai kencing manis yang tidak terkawal sewaktu mengandung akan menyebabkan "big baby" (berat baby 4 kg atau lebih). Bila baby yang dilahirkan besar, ini akan menyebabkan obstructed labour dan pendarahan yang boleh menyumbang kepada kematian.


Bagaimana anemia menyebabkan kematian?


Pesakit anemia mengalami kekurangan sel darah merah. Sel darah merah adalah penting untuk membawa oxygen kepada ibu dan juga janin. Bila oxygen berkurang, ianya boleh menyebabkan kegagalan jantung kerana jantung kita dah overwork. Dia dah penat duk pumping nak bekalkan oxygen kat kita.
Selain itu, ibu mengandung yang mempunyai masaalah anemia juga tak boleh tolerate blood loss berbanding dengan ibu mengandung yang tidak anemia. Ini pula akan menyebabkan berlakunya pendarahan dan besar kemungkinan kematian.

Penyebab utama terjadinya anemia dikalangan ibu mengandung adalah kerana kekurangan iron.

Faktor lainnya adalah seperti Thalassemia, kekurangan vitamin b12(megaloblastic anemia), atau pun chronic blood loss seperti pendarahan daripada buasir.


Vitamin Shaklee dan Kesihatan Ibu Mengandung

Antara produk shaklee yang boleh saya sarankan untuk diambil oleh ibu ibu mengandung untuk menjaga kesihatan mereka dan baby adalah

1. vitamin c ( chewable atau sustained release)

- membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh
- membantu dalam penyerapan iron


vitamin c sustain released
vitamin c chewable

2. vitamin b- complex

- membekalkan folic acid untuk mengelakkan terjadinya spina bifida pada bayi
- mengandungi 8 jenis vitamin B untuk memelihara kesihatan



3. Vitalea

- mengandungi 28 vitamin dan mineral
- mengandungi beta carotene untuk growth, vision dan development
- ianya juga mengandungi iron ( ferrous fumerate) yang penting dalam penghasilan sel darah merah
- mengandungi vitamin B12 yang juga penting dalam penghasilan sel darah merah
- ia juga ada calcium, phosphorus, vitamin C dan D 





4. Osteomatric

- membekalkan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
- membantu menghilangkan kebas kebas
- membantu sistem penghadaman, mengurangkan sembelit dan buasir




5. ESP ( energy soy protein)

- mengandungi protein dan dapat membekalkan tenaga 
- menjaga kesihatan kulit ( bila mengandung ada para ibu yang mengalami kulit kusam akibat ketidakstabilan hormone)
- menambah dam memekatkan susu (milk booster)




Kesihatan dikalangan ibu mengandung adalah amat penting, bukan sahaja untuk si ibu malah bayi dalam kandungan. Jagalah kesihatan anda kerana anda lah ratu dihati suami dan anak anak anda.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya. Sebarang pembelian melalui saya akan diberikan harga istimewa dan konsultasi percuma

your shaklee independent distributor
ilyana ghani
sid 1080416
dr.siti.ilyana@gmail.com
www.facebook.com/healthybeautyyou
0139651615


Energy Soy Protein (ESP Shaklee- non GMO protein)

Hari ni nak cerita lagi pasal ESP..:) sesiapa yang dah cuba mesti tau kan betapa bestnyer ESP ni..Macam macam cara orang minum ESP ni..Bermacam macam resepi dah..

Cara yang paling saya suka adalah ESP+ orange sunquick..Buat sejuk sejuk...Hmmm rasa nyaman jer bila minum..Bukan saja nyaman malah rasa kenyang juga.:)

Cara yang lainnya ialah:

ESP+ milo
ESP+ fresh milk
ESP + nesvita
ESP+ ribena

Macam macam lagi lah..Yang penting rasanya sedap dan juga berkhasiat.

Ada juga orang tanya, bila waktu yang sesuai untuk ambik ESP ni?

Tidak ada masa yang spesific untuk ambil ESP. Anda boleh ambil bila bila saja tidak kira pagi, petang atau malam. Apa yang penting ialah tidak melebihi 3 sudu sehari. So, kalau anda selalu lapar pagi pagi masa kat tempat kerja atau  tak sempat nak buat breakfast lagi, anda boleh la bancuh ESP di waktu pagi. Memang dapat tahan lapar..HEHE..Itu la yang selalu saya buat..Sibuk terkocoh kocoh nak pegi keje, nak hantar anak lagi.. Tak sempat makan so saya minum la dulu ESP ni. Lagi pun ia bagus untuk orang yang ada gastritis macam saya ni. ^-^. Kalau anda rasa macam nak minum dua kali sehari, anda bolehla bancuh 1 sudu setengah setiap kali minum. Kalau rasa nak minum sekali jer....haaah bancuh ajerla 3 sudu terus. Tapi seelok eloknya 2 kali sehari la yer..Bersederhana kan lebih baik dari gelojoh tak ingat tu..HUHU

Hmm lagi satu saya nak cerita kat sini ialah pasal non GMO.

Ada kawan saya tanya, bagus ker ESP ni? Kan ramai orang cakap soya ni tak bagus.. Haaa ini la silapnya bila kita dengar jer cakap orang tapi tak buat kajian sendiri kenapa orang duk kata soya tak bagus...Bukan la maksud saya nak suruh anda semua masuk makmal dan buat research.
Sekarang kan zaman teknologi. Semua maklumat di hujung jari jer.

Sebenarnya bukan soya yang tak bagus tapi tangan tangan manusia ni yang membuatkan ia jadi tak bagus. Sebab ramai scientist telah menukarkan genetic soya soya ni secara kaedah genetic engineering. Kenapa meraka buat macam tu? sebabnya adalah untuk meningkatkan jangka hayat soya tu (shelf life), supaya x cepat buruk atau rosak. Selain itu, diorang buat untuk dapatkan hasil yang lebih banyak. Jadi, sumber makanan yang telah di ubah genetiknya ini kita panggil sebagai GMO (genetically modified organism).
Apa yang tak bagus mengenai GMO ni adalah, kita tak tahu kesan jangka panjang terhadap manusia yang makan makanan ini.

So, yang special pasal ESP shaklee ni adalah, ia diperbuat daripada sumber soya yang asli atau non GMO soy protein. Jadinya, ESP shaklee ni memag dijamin halal, selamat dan berkesan. Insya Allah

Siapa yang boleh ambil ESP ni? Dalam kata lain apa faedah yang kita dapat kalau minum ESP atau Apa kegunaan ESP?

1. untuk ibu mengandung dan menyusu
- membantu perkembangan janin dan memastikan kesihatan ibu di tahap yang optimum
- ia bertindak sebagai milk booster dan dapat memekatkan susu
-membantu memulihkan kesihatan ibu bersalin..bila bersalin secara biasa atau pembedahan kita ada luka kan? so protein penting untuk mempercepatkan penyembuhan luka

2. untuk kesihatan dan kecantikan kulit serta awet muda

3. membantu mengurangkan kesan parut.

4 . membantu mengurangkan berat badan

- ESP memberikan rasa kenyang. Jadi anda bolehla mengurangkan pengambilan karbohydrat. Karbohydrate ni akan bertukar menjadi lemak bila dimakan. Jadi bila kurang pengambilan karbo, ia dapat membantu anda kurus..Tapi, exercise jangan lupa tau!

5. membantu mengurangkan simptom gastric.

6. membantu mengawal paras gula bagi mereka yang menghidap kencing manis

dan banyak lagii...


Jadi tak rugi anda cuba ESP ni. Kalau beli satu tin tu, satu family boleh makan.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya. Setiap pembelian dari saya akan mendapat harga istimewa dan konsultasi percuma

your shaklee independant distributor
ilyana ghani
sid 1080417
www.facebook.com/healthybeautyyou
dr.siti.ilyana@gmail.com
0139651615

Set Bersalin Shaklee


Saya berkenalan dengan set bersalin shaklee ni masa bersalin anak nombor dua. Itu pun lepas saya pening fikir nak makan apa. Masa anak pertama dulu saya ada ambik set bersalin jenama X. HEHE..Tapi makan tak habis pun. Sebabnya saya tak suka bau jamu yang kuat sangat. Last last buang jer ubat ubat tu.

Itu yang bila dekat nak bersalin anak nombor 2 saya pening fikir nak ambil apa..Kawan saya perkenalkan set bersalin shaklee. sebelum cuba set ni saya baca sikit sikit dulu sebab saya takut end up saya tak makan sampai habis jgk. Bila dah yakin saya order set bersalin dengan kawan saya ni tapi saya ambil set basic jer yang cukup untuk 40 hari berpantang. Alhamdulillah saya berjaya habiskan semua vitamin tersebut.^-^
Saya sendiri pun kagum. Padahal saya ni memang sangat susah nak telan ubat walaupun saya sendiri bekerja dalam sektor kesihatan...;)

Mesti and tertanya tanya kenapa saya boleh habiskan set berpantang Shaklee? kalau anda tak tanya pun saya nak cerita jugak..HOHO
Sebabnya, setelah mengambil set bersalin dari shaklee ni saya rasa badan sihat, tak cepat penat walaupun anak berjaga malam. Dan yang penting luka pun cepat sembuh.Dalam seminggu lebih jer luka saya dah baik berbanding masa berpantang anak pertama dulu.

Apa kandungan set bersalin atau nama lain nya set berpantang shaklee ni?

1. Vitamin C ( anda bleh pilih nama yang chewable/ yang sustain release)
2. vitamin B- complex
3. Vitalea
4. zinc complex

4 vitamin kat bawah ni adalah set yang basic

















Set bersalin extra and boleh 'add on' ESP, Osteomatric dan alfalfa ( ini adalah mengikut budjet masing masing)



























Nak tahu apa kegunaan setiap satu vitamin dalam set ini.. haa tengok kat gambar bawah ni pula yer:)





















To those mummy to be or yang tengah nursing tu, boleh la cuba set bersalin/berpantang dari shaklee ni.
Ianya selamat, berkesan dan halal.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya. Setiap pembelian melalui saya akan diberi harga istimewa dan konsultasi percuma

your shaklee independent distributor
ilyana ghani 
sid 1080416
www.facebook.com/healthybeautyyou
dr.siti.ilyana@gmail.com
0139651615