Saturday, January 4, 2014

Nutriferon : membantu meningkatkan sistem imun

Assalamualaikum

Hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya sepanjang menggunakan nutriferon. Nutriferon merupakan produk shaklee pertama yang saya cuba. Saya mula menggunakan nutriferon pada tahun lepas (2013).
Saya beli nutriferon untuk anak sulong saya yang kerap demam dan selsema pada masa itu.

Anak sulong saya ini pada mulanya di jaga oleh ibu saya. Apabila saya bersalin pada 2011, saya masih lagi seorang house officer ( pegawai perubatan siswazah). Faham saja la, kerja sewaktu house officer ini memang teruk. Tambahan pula saya perlu "oncall" (bertugas selepas waktu pejabat). Oncall sebagai house officer ini memerlukan saya berada di hospital lebih dari 24 jam. Pada waktu itu, suami saya pula kerja jauh dari saya. So, kami buat keputusan, anak di letak bawah jagaan ibu saya kerana saya tak yakin untuk tinggalkan anak di rumah pengasuh lebih dari 24 jam. Di tambah pula, anak sulong.Tak ada pengalaman.

Setelah saya menamatkan latihan sebagai pegawai perubatan siswazah pada akhir 2011, permohonan pertukaran saya diluluskan. Jadi, saya ambil anak untuk tinggal bersama di selangor.
Pada masa itu, bermula lah episode anak saya ditempatkan di nursery berdekatan taman perumahan saya.
Sejak itu, anak saya kerap dapat demam dan selsema. Setiap kali dia demam, memang high grade fever. Suhu badan mencecah 40 degree. Dia pula amatlah susah nak makan ubat. Saya pun tak tahu kenapa dia cepat sangat develop adult defence mechanism (masa tu dia baru umur setahun lebih). Bila dipaksa minum ubat dia akan muntahkan semua sekali. Kalau ada yang dia telan pun memang amat sikit la. Demam dia selalunya berpanjangan. Ada a few episode terpaksa admit ward sebab dah ada jangkitan kat paru paru. Gara gara makan antibiotic tak cukup dose. Bila kerap sangat keadaan yang sama berlaku, saya mula fikir untuk mencari alternatif untuk meningkatkan immune system dia. Bermula dari situ, saya mula membeli nutriferon dari rakan saya yang juga telah mencuba nutriferon pada anak dia sendiri. Alhamdulilah dengan izin Allah, sekarang anak saya sangat jarang dapat demam dan selsema. Sudah hampir setahun dia tak demam teruk. Bila dia mula batuk sikit sikit dan nampak tanda tanda nak demam, saya akan beri dia nutriferon. dengan izin Allah juga, 2-3 hari dah baik. Anak saya juga suka akan perisa nutriferon ni. Rasanya macam labu. Dan memang pun nutriferon ni salah satu kandungannnya ialah extract labu.:)

Sekarang ini, bukan saja anak saya yang makan nutriferon tu, ibu dia pun dah ikut sekali:)..Kalau nak tahu, para doktor ni ramai yang culas juga bila bab makan ubat. HEHE...
Bertugas di bahagian kesihatan memerlukan saya berdepan dengan orang ramai yang tak sihat. Berdepan dengan macam macam virus dan bakteria. Jadi , saya pun kerap lah juga dapat demam selsema ni. Tapi sejak saya menggunakan nutriferon, alhamdulillah sistem pertahanan badan saya juga meningkat. Dulu, kawan kawan saya selalu cakap, aihh doktor pun demam juga.. Mungkin mereka lupa, doktor pun manusia yang Allah jadikan sama juga dengan arkitek, engineer, cikgu dan lain lain. Doktor bukan lah kebal kepada penyakit, kuman dan virus. Betul tak? Yang menbezakan ialah ilmu perubatan yang kami ada sahaja. Yang lain semua sama :)


Apakah Nutriferon




Ia merupakan produk dengan campuran esktrak tumbuhan (biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle) yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Ia dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan kita yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun

Ia merupakan satu satunya supplement yang dicipta oleh penemu interferon iaitu Dr Yasuhiko Kojima. Dan Ia terbukti dengan 4 kajian klinikal terhadap manusia.
Ianya hanya boleh didapati eksklusive melalui shaklee


Jadi bagi sesiapa yang ingin mencuba produk ini atau mempunyai sebarang persoalan tentang masaalah kesihatan boleh lah menghubungi saya  melalui saluran berikut. InsyaAllah saya akan cuba membantu dengan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan ini:)

your shaklee independent distributor
ilyana ghani
sid 1080416
sms/whatsapp 0139651615
www.facebook.com/healthybeautyyou
dr.siti.ilyana@gmail.com

No comments:

Post a Comment