Wednesday, January 1, 2014

Period Pain...Arghhhhh



Assalamualaikum dan selamat tahun baru. Rasa macam dah lama jer tak update blog ni. Sibuk dengan urusan harian setelah mula bekerja. Maklumlah dah 4 bulan bercuti..:)

Hari ini saya nak cerita sikit mengenai period pain atau pun senggugut. Dalam bahasa perubatan di panggil dysmenorrhea. Saya percaya ramai dikalangan wanita yang pernah atau masih lagi menghadapi masaalah ini. Ada yang mengalami sakit yang teruk sederhana dan ada yang biasa saja. Bagi yang mengalami period pain yang teruk tu mesti tahu dan tension kan. Every month nak facing the same pain. Mengganggu kerja dan rutin harian kita.

Period pain ini biasanya bermula dari hari ovum atau telur kita di lepaskan oleh ovary dan berjalan ke arah tiub fallopian kita (ovulation).

Terdapat dua jenis period pain iaitu:

1. Primary dysmenorrhea
- paling banyak berlaku (biasanya bermula selepas mencapai akil baligh)
- biasanya sakit akan berlaku di bahagian lower abdomen atau ari ari
- sakit belakang
- ianya bermula 1-2 hari sebelum period bermula dan kan berpanjangan sehingga 2-4 hari
- biasanya tiada penyakit lain yang di hidapi oleh mereka yang mempunyai period pain jenis pertama ini

2. Secondary dysmenorrhea
- bermula sewaktu umur awal 20 an atau 30 an (sebelumnya tak pernah mengalami period pain)
- heavy flow dan period tidak teratur
- pesakit sukar untuk mengandung (infertility), dan mempunyai banyak vaginal discharge
- antara puncanya ialah penyakit seperti endometritis, uterine fibroid atau pun pelvic inflammatory disease ( jangkitan pada bahagian pelvic)
- tidak respond dengan pain killer atau ubat perancang

Bagaimana period pain berlaku?

Dalam setiap kitaran haid, ovum akan dilepaskan oleh ovary. Jika tidak ada persenyawaan oleh sperma maka lapisan rahim kita yang menebal yang disebabkan oleh hormone estrogen dan progesteron akan dikeluarkan melalui proses pengecutan oleh rahim. Proses pengecutan ini adalah disebabkan oleh hormone prostaglandin. Hormone prostaglandin ini adalah hormone yang menyebabkan radang dan kesakitan. Pergecutan rahim untuk mengeluarkan lapisan dinding yang tebal akan menyebabkan pengaliran darah ke dinding rahim berkurangan.Bila aliran darah kurang maka bekalan oxygen ke dinding rahim juga akan berkurang. Ini akan menyebabkan semakin banyak lapisan dinding rahim mati dan dikeluarkan sebagai darah haid. Sewaktu haid, bahan yang di kenali sebagai leukotrine juga dirembeskan dengan banyak. Ini juga merupakan faktor penyumbang kepada period pain.

Bercakap mengenai prostaglandin, terdapat beberapa jenis prostaglandin yang perlu kita tahu, iaitu prostaglandin 1,2 dan 3. Prostaglandin 2 (PGE2) adalah yang menyebabkan radang dan kesakitan. Manakala prostaglandin 1 dan 3 pula adalah merupakan anti radang.
Penghasilan prostaglandin oleh badan adalah melalui acid lemak. Asid lemak pula tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ianya diperolehi melalui makanan atau supplement. Asid lemak yang paling penting ialah linoleic acid (LA) dan alpha lenolenic acid (ALA). LA adalah asid lemak omega 6 manakala ALA adalah asid lemak omega 3. Badan kita memerlukan kedua dua omega 3 dan omega 6. Keseimbangan antara omega 3 dan 6 adalah penting untuk metabolisma protaglandin. Badan kita akan menukarkan LA kepada GLA dan ALA akan ditukar menjadi EPA. GLA dan EPA pula akan ditukar menjadi protaglandin. GLA ditukar kepada prostaglandin 1( PGE1) manakala EPA akan menjadi protaglandin 3 (PGE3).
Badan kita memerlukan bekalan asid lemak yang mencukupi untuk penghasilan prostaglandin. Jika bekalan GLA dan EPA tidak mencukupi maka PGE1 dan PGE3 juga akan berkurangan. Apabila jumlah PGE1 dan PGE3 kurang, jumlah PGE2 yang dihasilkan akan melebihi paras yang sepatutnya. Jumlah PGE2 yang bersifat pro radang ini lah yang menyebabkan masaalah seperti senggugut, PMS dan lain lain.

Bagaimana ia dirawat?

Jika anda berjumpa doktor, ubat yang akan diberikan adalah pain killer. Contohnya postant, voltaren, ibuprofen dan banyak lagi.

Jika keadaan period pain anda adalah sangat teruk dan berlaku hampir setiap bulan, anda juga akan diberikan pil perancang untuk. Ianya adalah untuk mengelakkan berlakunya ovulation (pembebasan ovum/telur dari ovari). Bila tiada ovulation maka sakit akan dapat dikurangkan.

Rawatan untuk secondary dysmenorrhea pula adalah mengikut penyakit yang tertentu yang menyebabkan period pain.

Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan period pain?

Period pain juga dapat dikurangkan dengan aktiviti berikut:
- makan banyak buah buahan dan sayuran
- kurangkan pengambilan makanan berlemak, caffein, alkohol
- perlu melakukan senaman yang regular
- berhenti merokok bagi yang merokok 

Selain itu, anda juga boleh mencuba supplement yang mengandungi omega 3 dan 6, vitamin E untuk mengurangkan period pain.

GLA COMPLEX SHAKLEE

- merupakan asid lemak omega 6
- juga mengandungi Vitamin E



















OMEGA GUARD

- membekalkan omega 3














Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya

your shaklee independent distributor
ilyana ghani
sid 1080416
sms/whatsapp 0139651615
www.facebook.com/healthybeautyyou
dr.siti.ilyana@gmail.com




No comments:

Post a Comment