Sunday, December 22, 2013

Masaalah Jerawat : Fahami dan Atasinya

Jerawat! Tentu ramai di kalangan kita yang pernah menghadapi atau sedang berdepan dengan masaalah jerawat. Ada jerawat yang naik sebijik jer malahan ada juga yang lebih teruk. Berjerawat satu muka dan badan juga! Bagi mereka yang mempunyai masaalah jerawat yang teruk, tentu mereka akan memahami bahawa masaalah jerawat ini bukan sahaja menyakitkan malah memalukan juga. Ramai yang jadi 'low self esteem' disebabkan oleh sang jerawat ni kan. 

Jadi, entry hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang topik jerawat ni. Macam mana jerawat terjadi. Apakah jenis jenis jerawat. Apakah treatment yang akan diberikan jika anda berjumpa doktor. Apakah alternatif untuk rawatan jerawat.

Bagaimana Jerawat Terjadi?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya jerawat:

1.Penghasilan sebum yang berlebihan

Penghasilan sebum adalah berkait rapat dengan hormone androgen eg: testosteron. Sebacous gland atau kelenjar sebaceous adalah sensitive kepada hormone androgen. Jadi, hormone androgen yang berlebihan akan bertindak balas dengan kelenjar sebaceous untuk menghasilkan sebum.

2. Tindak balas organisma Propionibacterium acnes

Organisma ini adalah organisma yang menghuni kelenjar sebaceous kita terutama di kawasan yang 'acne prone'. Pembiakan organisma ini akan menyebabkan berlakunya radang. Organisma ini juga merembeskan beberapa enzyeme yang akan akan meningkatkan lagi risiko berlakunya radang pada kelenjar sebaceous kita. Apabila radang berlaku dan berterusan maka jerawat akan mula timbul.

3. Gangguan pada proses keratinsation (Proses penghasilan sel kulit baru)

Terdapat gangguan pada proses keratinisation pada pesakit yang mempunyai masaalah jerawat. Keratin yang terhasil akan bercampur dengan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebaceous dan berkumpul di dalam liang roma menyebabkan terhasilnya microcomodem. (sel jerawat yang hanyat dapat dilihat microscopically)


4. Proses Radang (inflammation)

Kehadiran organisma Propionibacterium acnes akan menyebabkan tindak balas yng menghasilkan sel sel radang seperti CD4, lymphocyte dan neutrophil. Sel sel radang ini akan memusnahkan pertahanan follicle dan seterusnya menyebabkan pori pori tersumbat dan jangkitan. Acid linoleic (juga dikenali sebagai omega 6, flexseed oil atau sunflower oil) dikatakan dapat menstabilkan IL 8 (interleukin 8) dan mengurangkan proses radang. 






Faktor risiko yang menyebabkan seseorang itu mendapat masaalah jerawat ialah:

1. Faktor genetic
2. Obesity: kerana hormone yang berlebihan
3. Merokok
4. Facial therapy
5. Stress
6. Makanan yang manis (high glycemic index diet)

Jenis Jenis Jerawat

1. Blackhead/whitehead
Blackhead


Whitehead


2. Papule/pastules
Papules 

Pastules


3. Nodules and cyst

cyst


Nodule

Gred dan Rawatan Jerawat

Jerawat juga boleh dikelaskan atau digred kan sebagai ' mild, moderate, severe and very severe'. Jika anda berjumpa doktor, rawatan yang akan diberikan adalah mengukut gred jerawat yang anda alami. Jika masaalah jerawat anda 'mild atau moderate', rawatan topikal akan diberikan (topikal: ubat sapu ler :p) Contoh ubat topikal yang di gunakan ialah topikal benzyl peroxide, topikal retinoid, topical clindamycin, topical erythromycin dan banyak lagi la yer:) Manakala jika jerawat anda di dalam kategori 'moderate to severe', ubat antibiotic akan diberikan. Jika jerawat anda adalah sangat teruk atau very severe, atau pun tidak berkesan dengan ubat sapu dan antibiotic, berkemungkinan rawatan laser, pthothoterapy dan banyak lagi akan diberikan. HUHU...Panjang sangat kalau nak hurai satu satu kat sini:)   

Antara suppement Shaklee yang saya cadangkan untuk anda bagi membantu masaalah jerawat adalah:

1. Zinc complex
- membantu memulihkan sel sel yang rosak dan membantu menyembuhkan luka
- membantu mengurangkan penghasilan minyak/sebum
- membantu melindungi kulit dari sinar UV



2. Vitamin c
- bertindak sebagai anti oxida dan membantu penghasilan collagen
- membantu menghilangkan parut jerawat
- membantu meningkatkan immune system




3. Vitamin E complex
- juga bertindak sebagai antioxida yang melindungi kulit dari radical bebas
- mengekalkan kelembapan kulit
- membantu menyeimbangkan vitamin A di dalam badan kita yang juga penting untuk kulit



4.  GLA complex (gamma linoleic acid complex)
- mengandungi omega 6 dari minyak borage dan minyak matahari
- menyokong sistem pertahanan badan
- membantu mengurangkan proses radang seprti yang diterangkan diatas
- menstabilkan hormon



5. Energy Soy Protein (ESP)
- membekalkan sumber protein yang tinggi yang di perlukan dalam proses penyembuhan luka dan membaiki sel sel yang rosak
- mencerah dan mencantikkan kulit
- membantu mengurangkan parut



6. Carotomax
- membekalkan 5000IU Vitamin A (100% as beta carotene), yang merupakan antioxida dan bagus untuk pemuliharaan kulit
- vitamin A mematangkan keratinocyte. Keratinocyte ialah sel yang membentuk 95% daripada lapisan luar kulit kita. Jadi ia membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru
- ia juga menyokong sistem pertahanan badan
- juga baik untuk kesihatan mata dan jantung





Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan tempahan. sebarang pembelian melalui saya akan mendapat harga istimewa dan konsultasi percuma.

your shaklee independent distributor
ilyana ghani
sid 1080416
dr.siti.ilyana@gmail.com
www.facebook.com/healthybeautyyou
0139651615



No comments:

Post a Comment