Monday, January 6, 2014

Minyak ikan membantu mengurangkan simptom asthma



Assalamualaikum

Hari ini saya nak share pasal kebaikan minyak ikan ( fish oil) yang dapat membantu mengurangkan simptom asthma atau "asthmatic attack". Sebenarnya nak buat entry ini sejak dua hari lepas tapi tertangguh dek kerja kerja lain.:)

Minggu lepas sewaktu di klinik, saya jumpa seorang pesakit yang menghidap penyakit lelah atau asthma.
Pesakit tersebut menggunakan dua ubat lelah. Temujanji beliau yang terakhir ialah pada 3 bulan yang lepas.
Pada temujanji yang lepas, pesakit agak kerap mendapat serangan asthma. Tetapi tidak lah teruk sehingga perlu di masukkan ke wad. Beliau perlu kerap menggunakan inhaler kerana serangan asthma berlaku agak kerap.

Sewaktu berjumpa dengan saya pada minggu lepas, saya perhatikan bahawa kekerapan serangan asthma beliau telah berkurangan. Beliau tidak lagi perlu menggunakan salbutamol inhaler. Jadi saya bertanya beliau, apa yang telah beliau lakukan. Katanya, simptom asthma beliaun berkurangan sejak suami beli membeli dan menyuruh beliau mengamalkan minyak ikan.

Bagaimana minyak ikan dapat membantu mengurangkan simptom asthma

Minyak ikan mengandungi omega 3 yang merupakan bahan anti radang atau "anti inflammatory". Asthma pula adalah disebabkan saluran pernafasan yang terlalu sensitif dengan bahan bahan tertentu seperti habuk, jangkitan kuman dan lain lain. Apabila pesakit asthma terdedah kepada bahan yang menjadi pencetus asthma, saluran pernafasan mereka akan bengkak dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
Jadi, sifat anti radang yang ada pada minyak ikan yang kaya dengan omega 3 ini, membantu mengurangkan tindak balas radang atau inflammation tadi. Selain itu, minyak ikan yang kaya dengan omega 3 juga dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan seseorang. Bila sistem pertahanan badan meningkat, maka pesakit akan kurang mendapat jangkitan pada saluran pernafasan. Jadi, kuranglah serangan asthma:)





Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai masaalah asthma, resdung "allergic rhinitis" , dan eczema, bolehlah mencuba OMEGA GUARD yang kaya dengan minyak ikan omega 3 sebagai supplement. Tetapi, jangan pula anda tinggalkan ubat yang diberikan oleh doktor anda tanpa arahan yer:)

Keistimewaan OMEGA GUARD




  • mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA, dan lain lain.
  • di hasilkan melalui kaedah proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega 3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum .
Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan, boleh hubungi saya melalui saluran berikut:

your shaklee independent distributor
ilyana ghani
sid 1080416
sms/whatsapp 0139651615
www.facebook.com/healthybeautyyou
dr.siti.ilyana@gmail.com


No comments:

Post a Comment